Program gosok gigi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah memberi peluang kepada murid-murid mendapat pendedahan tentang penjagaan kesihatan diri termasuk gigi, mulut dan sebagainya...terima kasih diucapkan kepada dua orang jururawat wakil dari kementerian kesihatan kerana sudi melawat dan melayan kerenah kami di sini.....
LAMAN PPM PRASEKOLAH VIVEGANANTHA SJKT BATU ANAM
Friday, 24 January 2014
PROJEK KECERIAAN
![]() |
katil untuk pelajar yang kurang sihat |
![]() |
anak-anak murid 2013 |
![]() |
makan bubur chicken kegemaran ramai |
![]() |
jemput minum... |
PROJEK PIRAMID MAKANAN
![]() |
Dah tampal baru ingat nak ambil gambar..muehhehe |
UNTUK KECERIAAN KELAS
![]() |
HEHEE...tetibe terselit pertandingan tulisan cantik untuk guru dan staf.. perlu dipersembahkan dalan bentuk kreatif...saya ambil bahagian.. dapat saguhati je... |
Thursday, 23 January 2014
SAMBUTAN PONGGAL SJKT BATU ANAM 2014
Sambutan Ponggal diadakan setiap tahun di SJKT Batu Anam. Ini merupakan tahun kedua saya menyertai program ini. Apa yang boleh dikongsikan pesta ini cukup meriah.... Pengalaman yang jarang-jarang dapat dirasakan oleh masyarakat berlainan bangsa seperti saya... Menyelami budaya mereka membuatkan saya rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri proses pembuatan pulut manis sebagai hidangan wajib pada Hari Ponggal.. Berikut merupakan serba sedikit cerita mengenai ponggal yang saya copy paste dari "pakcik google".
Hari Thaiponggal (Bahasa Tamil: தைப்பொங்கல்)
merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas
oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan di
tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil. Ponggal
dirayakan serentak dengan perayaan Makara
Sankranthi yang disambut diseluruh India. Pongal dalam
bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah
dalambelanga tanah liat melambangkan kekayaan harta
benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika
masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih
kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang
membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை பிறந்தால்
வழி பிறக்கும்) bererti "permulaan Thai membuka peluang
baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari
Thaiponggal.
Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13
Januari — 15 dalam kalender Gregorian contoh. hari terakhir
bulan Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga
takwim Tamil.
Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa
Matahari Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa
Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama
kepada 'Surya Mangalya'.
Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai (தை)
Tamil. Ia menandakan hari apabila Matahari dikatakan
bergerak ke utara. Ia menandakan
permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari
ke utara. Hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil. Thai
Pongal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh
India sebagai penuaian hari musimsejuk. Ia juga mewakili
solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah
ke-10 dalam Takwim India Contoh. Makara atau Capricorn.
GAMBAR SEKITAR PESTA PONGGAL SJK (T) BATU
ANAM 2014
PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2014
Salam sejahtera...Lama tak update blog ni..sejak mula sekolah agak sibuk sikit dengan pendaftaran, telatah anak-anak yang mencabar, SMPK, rawatan gigi...dan...bannnyaaak lagi.....
Tahun baru menjelma lagi...2014 membuka lembaran baru buat saya bila diberi amanah bagi menggalas tugas sebagai ppm prasekolah untuk murid 5tahun. Pengalaman baru menghadapi anak kecil yang belum pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Pada hari pendaftaran anak-anak murid sanggat teruja. Saya turut melahirkan rasa syukur kerana pasti saya tidak akan hadapi masalah pada hari persekolahan sebenar kerana melihat keterujaan mereka dengan keadaan kelas yang saya perasan "best" kononnya..dengan langsir baru,hiasan kelas baru...semuanya barulah...heheee mungkin menambat hati anak-anak ini..
Hari pertama persekolahan...murid perempuan nampak happy je..tapi.......ohhh murid lelaki yang menangis... huhhhh puas la pujuk bagi macam-macam permainan,makanan pun masih nak ammaa nk appa jugak.. keadaan ini berlarutan seminggu...saya hadapi hari-hari baru saya ini sebaik mugkin...syukur mereka mulai seronok dan tiada lagi air mata.....yes!!!! gumbiiiraaa...
![]() |
paling comel....paling gerammmmm!!!! |
![]() |
ammmaaa.... apppaaa..... |
![]() |
ambil gambar xnangis pulakkk...layannnn |
Kini kami mulai serasi...panggilan istimewa yang mereka bagi untuk saya tahun ini adalah "chellakutti" bermaksud sayang... ermm mereka sayang saya...terharunya....saya juga sayang mereka!!!
![]() |
group tanpa air mata!!! |
![]() |
sekarang.....muka adaaaa senyuuuummmm!!!!! |
Monday, 9 December 2013
KENANGAN RAMADHAN DAN AIDILFITRI DI SJKT BATU ANAM 2013
![]() |
HADIAH IKHLAS DARI WARGA SEKOLAH |
![]() |
BERBUKA PUASA DI PIZZA HUT |
![]() |
PPM BERSAMA CIKGU TERSAYANG |
Ramadhan dinanti...Syawal di rai...tak kira apa jua bangsa...apa pun agama yang nyata saya rasa dihargai di sini...bersama dengan mereka yg bukan seagama dengan saya tapi saya cukup rasa bertuah..berbuka dengan cikgu prasekolah..tq Cikgu Rekha...Love you...dah lama tak dapat kad raya...tp keje kt sekolah tamil dapat kad raya, kurma, baju, sari dari india pun ade hadiah dari anak murid dan lagi best Guru Besar bagi hamper...Yahoooooo.....
TQ WARGA SEKOLAH..... SJK TAMIL BATU ANAM BEST!!!!!! SAYA SAYANG KALIAN!!!!
GERAK TARI SATU MALAYSIA
![]() |
TARIAN PELBAGAI ETNIK |
![]() |
GURU SERTA PPM TURUT AMBIL BAHAGIAN |
Kali ini paparan mengenai Gerak Tari Satu Malaysia.. Pengalaman yang menarik... Melatih anak-anak murid bukan mudah tapi atas usaha gigih para guru, ppm dan paling penting semangat anak-anak ini akhirnya membuahkan hasil yang tidak menghampakan...tq to all my sayang..you are the best!!!! TAHNIAH SEMUA!!!
SAMBUTAN HARI JADI KANAK-KANAK PRASEKOLAH SJKT BATU ANAM 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)