Monday 9 December 2013

KENANGAN RAMADHAN DAN AIDILFITRI DI SJKT BATU ANAM 2013

HADIAH IKHLAS DARI WARGA SEKOLAH


BERBUKA PUASA DI PIZZA HUT


PPM BERSAMA CIKGU TERSAYANG



Ramadhan dinanti...Syawal di rai...tak kira apa jua bangsa...apa pun agama yang nyata saya rasa dihargai di sini...bersama dengan mereka yg bukan seagama dengan saya tapi saya cukup rasa bertuah..berbuka dengan cikgu prasekolah..tq Cikgu Rekha...Love you...dah lama tak dapat kad raya...tp keje kt sekolah tamil dapat kad raya, kurma, baju, sari dari india pun ade hadiah dari anak murid dan lagi best Guru Besar bagi hamper...Yahoooooo.....
TQ WARGA SEKOLAH..... SJK TAMIL BATU ANAM BEST!!!!!! SAYA SAYANG KALIAN!!!!

GERAK TARI SATU MALAYSIA

TARIAN PELBAGAI ETNIK


GURU SERTA PPM TURUT AMBIL BAHAGIAN




Kali ini paparan mengenai Gerak Tari Satu Malaysia.. Pengalaman yang menarik... Melatih anak-anak murid bukan mudah tapi atas usaha gigih para guru, ppm dan paling penting semangat anak-anak ini akhirnya membuahkan hasil yang tidak menghampakan...tq to all my sayang..you are the best!!!! TAHNIAH SEMUA!!!

SAMBUTAN HARI JADI KANAK-KANAK PRASEKOLAH SJKT BATU ANAM 2013


Sambutan Hari Jadi Prasekolah SJK (T) Batu Anam fasa kedua telah diadakan pada oktober 2013. Ianya disambut dengan begitu meriah dengan makanan yang enak berserta aktiviti yang menarik. Berikut adalah gambar sekitar majlis tersebut.


HADIAH UNTUK KANAK-KANAK







SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SJKT BATU ANAM 2013

Sambutan hari kanak-kanak sememangnya dinantikan pada setiap tahun. Bagi tahun 2013 sekolah ini telah melaksanakan program tersebut pada November 2013. Kanak-kanak di rai dengan penuh rasa gembira.

GURU,PPM DAN MURID PRASEKOLAH VIVEGANANTHA

GURU, PPM DAN MURID PRASEKOLAH BHARATI


KANAK-KANAK DI RAI DENGAN MEMBERI MAKANAN KEGEMARAN MEREKA



KURSUS PENGURUSAN DATA MELALUI ICT (BLOG)

Tarikh : 10 DISEMBER 2013
Tempat : SK Temenggong Abdul Rahman
Penceramah  : Puan Suriati


OBJEKTIF
  • SETIAP SEKOLAH MEMILIKI BLOG PRASEKOLAH/ PPM PRASEKOLAH
  • MAHIR MEMBINA BLOG

DRAF BLOG
  • CIPTA EMAIL DAN PASWORD
  • CIPTA TAJUK BLOG
  • CIPTA ALAMAT URL

SELAMAT DATANG KE LAMAN PPM PRASEKOLAH VIVEGANANTAHA SJKT BATU ANAM

 
 
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
 
 
Terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sudi menjengah blog PPM Prasekolah Viveganantha SJKT Batu Anam ini, Blog ini di cipta untuk saya berkongsi serba sedikit tentang suka, tawa, gembira, bahagia, aman dan sentosa selama saya bergelumang dengan warga prasekolah.
 
 
Pertama kali melihat surat penempatan bertugas ada debar di hati saya... mungkin kerana bakal ditempatkan di sekolah yang agak luar biasa bahasa dan persekitaran untuk saya...tapi ternyata tanggapan itu semua meleset bila saya sendiri merasai keadaan sebenar di sini...
 
 
Tiada kata yang mampu saya ungkapkan selain rasa bersyukur kerana memiliki guru yang sangat memahami...bertolak ansur dalam apa jua hal biarpun kami berbeza bangsa dan agama...langsung tidak mempuyai masalah... ditambah lagi kehadiran anak-anak murid yang ceria biarpun adakalanya menguji kesabaran.. tapi ini semua saya lalui dengan bahagia..
 
Pengalaman demi pengalaman saya lalui...hari-hari indah saya tempuh bersama mereka..dari bicara bagai ayam dan itik hinggalah boleh berinteraksi biarpun tiga empat patah sahaja bahasa tamil yang saya tahu..nyata saya bahagia dengan mereka..boleh bergurau biarpun hanya isyarat yang meluahkan apa yang hendak disampaikan.
 
Tahun silih berganti...setiap tahun pasti ada murid baru..dan saya akan terus meniti hari-hari indah saya dengan gembira..sesekali rindu mengusik kalbu saat terkenang anak murid yang sudah melangkah ke alam persekolahan sebenar..saya akan selalu mendoakan kejayaan mereka..
 
 
Coretan bahagia saya akhiri disini...InsyaAllah ada rezeki saya akan berkongsi lagi coretan bahagia di sini..terima kasih sekali lagi kerana sudi menjengah blog ini...rajin-rajinlah singgah ye..bye..assalamualaikum