Monday 9 December 2013

SELAMAT DATANG KE LAMAN PPM PRASEKOLAH VIVEGANANTAHA SJKT BATU ANAM

 
 
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
 
 
Terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sudi menjengah blog PPM Prasekolah Viveganantha SJKT Batu Anam ini, Blog ini di cipta untuk saya berkongsi serba sedikit tentang suka, tawa, gembira, bahagia, aman dan sentosa selama saya bergelumang dengan warga prasekolah.
 
 
Pertama kali melihat surat penempatan bertugas ada debar di hati saya... mungkin kerana bakal ditempatkan di sekolah yang agak luar biasa bahasa dan persekitaran untuk saya...tapi ternyata tanggapan itu semua meleset bila saya sendiri merasai keadaan sebenar di sini...
 
 
Tiada kata yang mampu saya ungkapkan selain rasa bersyukur kerana memiliki guru yang sangat memahami...bertolak ansur dalam apa jua hal biarpun kami berbeza bangsa dan agama...langsung tidak mempuyai masalah... ditambah lagi kehadiran anak-anak murid yang ceria biarpun adakalanya menguji kesabaran.. tapi ini semua saya lalui dengan bahagia..
 
Pengalaman demi pengalaman saya lalui...hari-hari indah saya tempuh bersama mereka..dari bicara bagai ayam dan itik hinggalah boleh berinteraksi biarpun tiga empat patah sahaja bahasa tamil yang saya tahu..nyata saya bahagia dengan mereka..boleh bergurau biarpun hanya isyarat yang meluahkan apa yang hendak disampaikan.
 
Tahun silih berganti...setiap tahun pasti ada murid baru..dan saya akan terus meniti hari-hari indah saya dengan gembira..sesekali rindu mengusik kalbu saat terkenang anak murid yang sudah melangkah ke alam persekolahan sebenar..saya akan selalu mendoakan kejayaan mereka..
 
 
Coretan bahagia saya akhiri disini...InsyaAllah ada rezeki saya akan berkongsi lagi coretan bahagia di sini..terima kasih sekali lagi kerana sudi menjengah blog ini...rajin-rajinlah singgah ye..bye..assalamualaikum
 
 
 

 
 


No comments:

Post a Comment